Semakin hari, hari semakin bertambah & usia pula semakin berkurang.... ntah sampai bila kita bertahan di bumi yg sekadar tempat persinggahan untuk mengumpul segala amalan ilmu serta bekalan tuk ke akhirat yg kekal abadi...
Pada hari ini umur ku telah mencecah 22tahun 11bulan 29hari iaitu esok genapla umur ku 23tahun hidup di dunia ini... tahun ini da masuk tahun ke-6 ku memeluk agama Islam... tp ilmu yg kuperolehi mungkin hanya sekecil zarah atau pun lebih kecil daripada itu... bekalanku hanya sekadar yg wajib sahaja itu pun masih byk yg terlepas dari genggamanku... PERSOALANNYA..... Harus sampai bila aku begini??? masa da semakin singkat... kita xtahu sampai bila kita bole bertahan di dunia ini untuk terus mengumpul bekalan amalan untuk ke singgahsana....
"Nur Aisyah Umairah!!! saya rindu kamoo000ooooo!!!"
Semakin hari semakin jauh ku rasa dariNya.. aku rindukan aku yg dulu... yg selalu takutkanNya, selalu menyebut namaNya disetiap zikrullah yg keluar dari mulutku, selalu sujud syukur keatasnya lebih daripada yg diwajibkan, menjaga aurat...
"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya hambamu ini amat merindukan manisnya hidup bersama disampingmuMu disetiap hembusan nafasku.... Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah aku kekuatan untuk terus mendampingiMu, kurniakanla aku sahabat2 yg dapat membimbingku ke jalanMu, kurniakanla aku jodoh yg dapat membimbingku dengan baik agar aku tidak terus hanyut & lalai di dunia ini yg penuh pancaroba"
aku rindukan kak Nurul Husna bte Baharuddin iaitu roomateku semasa tahun 1 di UPMKB dahulu... rindukan cerita2 keagamaan, cerita2 sejarah Rasullullah yg selalu dia kongsikan bersamaku... aku rindukan kak Rosmanira, angah aku Amirah 'Ain mohd. radzi, Ustaz halim & Rozaili Baharudin yg selalu membimbingku...
tp kini aku x sekuat dulu tanpa bimbingan sahabat2ku... (T_T) Astaghfirullah hal azim... ya Allah ya tuhanku, berikan aku kekuatan Iman IslamMu ya Allah... sesungguhnya aku amat merindukanMu......
Bulan 10 ni insyaAllah if xda halangan aku akan grad my Degree in Marine Biology... hopefully dapat kerja yg baik & dapat jodoh yg baik jugak supaya ada yg membimbingku meniti jalan hidup di dunia ini...
"Ya Allah ya Tuhanku.... jauhkan la aku daripada mendekati perkara2 yg Engkau murkai, sesungguhnya aku x ingin tergolong kepada org2 yg dimurkai... akan tetapi golongkan la aku kepada orang2 yg beriman kepadaMu ya Allah... ya Allah ya Tuhanku, aku pohon kepadaMu, makbulkan la doakanku disetiap doa selepas azan yg keselitkan bersama... sesungguhnya aku amat mengharapkannya ya Allah..."
Hidup dalam Islam adalah kehidupan yg sangat indah & teratur... sesungguhnya aku amat bersyukur kerana i've been the choosen 1 tuk mendalami keindahan Islam.... Alhamdulillah...
Ingatlah wahai sahabat2ku & diriku sendiri... hidup kita di dunia ini hanyalah sementara, anytime Allah bole amik balik apa yg dipinjamkannya... maka kita sebagai umatnya haruslah sentiasa beringat & tidak alpa dengan dunia yg penuh dengan pancaroba... ingatlah bahawa dunia adalah hanya medan pentas berlakon kita.. kita sebagai pelakonnya... maka jadilah pelakon yg terbaik agar kita mendapat anugerah yg terbaik di singgahsana kelak... InsyaAllah.....
wa'allahualam...
(sekadar luahan rasa dalam hati... sesungguhnya aku hanya insan biasa yg tidak terlepas dari membuat kesilapan. segala kesilapan serta terkasar bahasa didahulukan dengan seribu kemaafan...)
