Sunday, October 23, 2011

Alhamdulillah... kerana dimurahi rezeki,..

Sudah 2 bulan 3 hari aku bekerja di sini sebagai 'Marine Biologist'. Setakat ini aku sangat selesa dengan tugas yang diberikan & baru sebulan aku bekerja disini aku telah di beri kepercayaan untuk menghadiri 1 forum antarabangsa bertempat di KL. aku sangat bersyukur kerana Allah memurahi rezeki ku & diberi kepercayaan mewakili syarikat tempat aku bekerja.

Ceritanya bermula apabila aku gatal tangan menghantar resume aku ke syarikat ini walaupun pada masa itu tiada kekosongan jawatan yang sesuai dengan kelulusan aku. lepas itu, aku mendapat respon melalui email dari syarikat ini dan menyatakan tiada kekosongan jawatan bg kelulusan aku. (malu sendiri jugak aku jadinya) hihihi... lepas tu tanpa segan silu aku reply msg bilang klu ada kekosongan apa2 kerja la inform jak sama aku. Then, after tu kami start interview melalui email. naaa... di sinilah bermulanya penentu hala tuju ku yg seterusnya... 

First day kerja, my work more on the management, almaklumla... time aku masuk ni kebetulan high season. naaa, sebok la aku buat check in & check out join geng2 office. tp aku enjoy even though penat. opis hour jam 7.30am-7.30pm. then jam 9pm aku ada turtle patrol pulak.. beh... kencang & tegang penatnya eh... tp aku enjoy! itu yg penting..

Bila aku da semakin concentrate kepada bidang aku iaitu Conservation aku terpaksa handle conservation staff.. bukan senang deals dengan dorg ni.. bukan macam klu kita bekerjasama dengan rakan sekumpulan time buat assignment time study.. byk benda aku berusaha mau tahan & cuba pelajari..

Sekarang aku sangat sebok sampaikan aku bole merasa ngantuk seawal jam9 malam... Byk benda mau buat... setiap hari mesti report bertambah2.. selesai 1 ada lg 1 datang... manakan program2 lg.. proposal yg sebelum ini aku usahakan terpaksa tergendala begitu sahaja kerana lagi banyak kerja yg lebih utama perlu aku settle kan...

Semoga Allah permudahkan segala urusanku & urusan keluarga ku Dunia & Akhirat. Amin!!!

1 comment:

  1. Thank you so much to my beloved mama & papa!!! u both are the best in my world... I LUV you BOTH!!!

    ReplyDelete